fbpx

Malay  I   English

Dwibahasa : Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia

Hari(s)

:

Jam(s)

:

Minute(s)

:

Kedua(s)

31 March 2022 | 10am – 9pm

KEMUNCULAN TEKNOLOGI DAN INOVASI BARU DALAM SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA

Selaras dengan tren global dalam penerimaan digital dan proses automasi, terdapat pelbagai kejayaan yang membanggakan dari segi inovasi teknologi pertanian. Dengan meningkatnya kesedaran mengenai digital dan penerimaan teknologi ianya membuatkan industri ini lebih menarik kepada para petani muda dan juga pelabur.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat sektor pertanian di Malaysia telah berkembang pesat dan mula menerima pakai kemajuan teknologi seperti Internet Kebendaan (IoT), dron, robotik dan rantaian blok. Inisiatif dari Kerajaan Malaysia dalam mengubah sektor pertanian menjadi lebih moden dan dinamik telah menjadikan Malaysia lebih berdaya saing sebagai pengeluar makanan terkemuka di dunia. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.82 bilion di bawah Bajet 2022 bagi memacu pemodenan sektor pertanian dalam meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan, menjana pendapatan lebih tinggi dan menarik lebih banyak usahawan tani muda.

Sebagai peneraju solusi kepada pertanian pintar, REDtone terus komited dalam mengembangkan usahasama ekosistem bagi penerimaan teknologi dan kolaborasi serta memupuk kesedaran melalui agensi-agensi Kerajaan, institusi – institusi pengajian tinggi dan persatuan – persatuan serta badan – badan pertanian dalam memaksimumkan nilai dan meningkatkan daya hidup ekonomi sektor pertanian di Malaysia.

Persidangan Pertanian Pintar secara maya pada hari ini, memberi kesinambungan peluang yang unik bagi meraih maklumat baru dan pandangan yang berharga bagi teknologi dan tren pertanian. Ucaptama dan panel penceramah adalah dari industri yang berpengaruh, pemimpin pemikir, para professor serta pembuat dasar dari MAFI, DOA, MDEC dan sektor kewangan.

300

Delegasi

20

Ucaptama dan Panel Penceramah

Siapa Yang Perlu Hadir?

  • Usahawan Tani
  • Wakil-wakil dari sysarikat permulaan
  • Pembangun produk pertanian
  • Pembangun perisian dan sistem bersepadu
  • Para pembekal air
  • Ketua-ketua pertanian di bahagian korporat
  • Pakar ‘Autonomous Features’
  • Pakar-pakar R&D atau ketua-ketua inovasi pertanian
  • Pembekal penyelesaian pertanian ketepatan
  • Petani dan penanam komersial
  • Syarikat Automasi Industri & Pertanian

Disokong Oleh

Menampilkan Penceramah Daripada

Sistem Pertanian Pintar REDtone menyediakan saluran IoT bersepadu dalam pertanian bagi memudahkan para petani memanfaatkan penderia, gerbang pintar dan sistem pemantauan bagi mengumpul maklumat, mengawal pelbagai parameter di ladang mereka serta menganalisa data waktu sebenar agar mereka dapat terus membuat keputusan tepat.

Pendaftaran!

FAQ

Adakah saya perlu memuat turun sebarang maklumat bagi membolehkan saya menghadirkan diri ke persidangan ini?

Ya. Anda perlu muat turun aplikasi Zoom di telefon bimbit, komputer riba atau komputer bagi membolehkan anda mengakses ke persidangan secara maya.

Bagaimana caranya untuk saya masuk ke persidangan secara maya pada hari tersebut?

Anda perlu melakukan pra-pendaftaran. Sila klik disini https://smartfarmingvconference.redtone.com/register-now/ untuk pendaftaran.

Anda akan menerima e-mel pengesahan selepas pendaftaran anda. Selepas itu, anda boleh terus log masuk ke laman maya dengan menggunakan alamat e-mel anda.

Adakah kamera web diperlukan?

Tidak. Para moderator mungkin akan meminta peserta merinteraksi melalui ‘video chat’, ianya tidak diwajibkan kepada para peserta.